Dynamic Animal Text Generator at TextSpace.net
Thanks to ImageShack for [URL=http://imageshack.us]Free Image Hosting[/URL]

Thursday, June 22, 2023

KES MENANTI

 1. MENGUGUT DI WATSAP YANG BOLEH DI DAKWA DI BAWAH SEKSYEN 506

Ugutan merupakan satu kesalahan jenayah dibawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN UGUTAN JENAYAH

Ugutan jenayah telah ditafsirkan di dalam seksyen 503 Kanun Keseksaan yang mana secara ringkasnya sebagai mengugut untuk mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan, nama baik, harta, dengan niat untuk mencetus kegentaran (ketakutan) kepada mangsa atau untuk memaksa mangsa tersebut melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Sebagai contoh “aku bakar rumah kau kalau kau tak keluar sekarang!

HUKUMAN

Terdapat 2 jenis hukuman yang terdapat didalam seksyen 506 Kanun Keseksaan bergantung kepada jenis atau tahap ugutan tersebut sepertimana berikut;

  • Sekiranya ugutan untuk menyebabkan kematian, cedera parah, kerosakan melalui kebakaran (seperti bakar rumah), mentomahkan seorang perempuan sebagai jalang, atau hendak menyebabkan apa-apa kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara boleh sampai 7 tahun – hukuman penjara boleh sampai 7 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali;
  • Sekiranya ugutan tersebut selain yang dinyatakan di atas – hukuman penjara boleh sampai 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, sekiranya tertuduh membuat pengakuan bersalah di peringkat awal, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman dendan terutamanya kepada pesalah kali pertama. Namun begitu, jumlah denda adalah bergantung kepada Mahkamah.

APAKAH YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN

Pihak pendakwaan bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa tertuduh telah menyatakan kata-kata ugutan kepada mangsa sama ada ugutan tersebut secara lisan mahupun secara bertulis.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, berhati-hati dalam melontarkan kata-kata terutamanya ketika marah bagi mengelakkan anda didakwa di Mahkamah.

2.  MENCURI 



3. 

3. Jenayah fitnah

RAMAI yang selalu berfikir apabila ada isu melibatkan fitnah atau dilemparkan dengan sebarang kenyataan fitnah, satu-satunya jalan untuk membersihkan nama dan reputasi adalah melalui saman fitnah.

Namun, sedarkah anda bahawa itu bukanlah satu-satunya jalan untuk membersihkan nama anda yang telah difitnah?

Selain tindakan saman sivil (saman fitnah), fitnah juga boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah. Kanun Keseksaan telah memperuntukkan fitnah sebagai satu kesalahan jenayah yang boleh didenda dan dipenjara jika sabit kesalahan.

Seksyen 499 Kanun Keseksaan memperuntukkan mengenai kesalahan fitnah. Secara kasarnya, Seksyen 499 menyatakan bahawa jika mana-mana individu ada membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah.

Lantas, jika sabit kesalahan memfitnah orang lain, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali seperti yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Namun, Seksyen 500 Kanun Keseksaan tidak pula menetapkan berapa kadar atau nilai denda yang boleh atau perlu dikenakan kepada tertuduh.

Jadi, secara teorinya, nilai denda boleh jadi tidak terhad dan bergantung kepada budi bicara mahkamah sepenuhnya. Denda tersebut boleh jadi ribuan ringgit atau mungkin juga boleh mencecah jutaan ringgit.

Semuanya akan bergantung kepada nilai reputasi mangsa fitnah dan juga tahap kerosakan yang dilakukan serta kerugian yang dialami oleh mangsa fitnah. Mahkamah akan melihat setiap kes fitnah itu sebagai unik dan akan dinilai mengikut situasi kes.

Dalam mendakwa jenayah fitnah, pihak pendakwaan secara umumnya perlu melengkapkan empat elemen pembuktian utama di mahkamah.

Pertama, tertuduh telah membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah. Kedua, kenyataan fitnah tersebut ditujukan kepada mangsa. Ketiga, kenyataan fitnah tersebut dizahirkan kepada orang lain.

Keempat, kenyataan fitnah tersebut telah dibuat dengan niat untuk membahayakan atau merosakkan reputasi mangsa. Jika cukup empat elemen utama ini, maka akan berjalanlah kes pendakwaan itu.

Tambahan, Seksyen 501 Kanun Keseksaan memperuntukkan mengenai fitnah yang dilakukan melalui cara cetakan atau ukiran.

Lantas, jika fitnah dilakukan melalui lakaran kartun sekalipun, ia boleh didakwa di bawah seksyen itu asalkan ia memenuhi semua elemen pembuktian yang diperlukan mahkamah.

Tidak terlepas

Pada hari ini, kita melihat banyak pelekat atau baju-T yang mempunyai unsur fitnah telah dijual dan dipakai oleh orang awam. Tahukah anda, tindakan menjual sebarang bentuk cetakan atau ukiran yang berunsur fitnah juga boleh didakwa di bawah Seksyen 502 Kanun Keseksaan?

Ingat! Jika anda sekadar memakainya tetapi tidak menjualnya, anda juga tidak akan terlepas. Anda turut boleh didakwa kerana menyebarkan fitnah.

Selain daripada peruntukan-peruntukan yang ada dalam Kanun Keseksaan, tindakan pendakwaan juga boleh dilakukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

Di bawah Seksyen 233 AKM, apa-apa kenyataan atau komunikasi lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.

Oleh itu, jika anda rasakan anda adalah mangsa fitnah yang disebarkan bukan sahaja melalui platform atas talian tetapi juga dengan lain-lain cara, anda boleh membuat laporan polis.

Siasatan akan dijalankan dan jika cukup bukti untuk pendakwaan, maka pemfitnah tersebut boleh didakwa di mahkamah.

Ia satu alternatif yang cukup baik kepada orang awam yang telah menjadi mangsa fitnah tetapi tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membuat tuntutan melalui saman fitnah.

Cuma bezanya, seandainya pemfitnah tersebut berjaya didakwa, anda tidak akan diberikan sebarang ganti rugi oleh mahkamah berbanding jika anda mengambil tindakan saman sivil terhadap pemfitnah tersebut.

Adalah dinasihatkan kepada semua orang awam, janganlah kita mengeluarkan atau berkongsi sebarang kenyataan yang tidak pasti terutamanya di laman sosial kerana ia berpotensi untuk membawa bencana kepada kita pada masa depan.

Jangan hanya kerana kita mahu tular di media sosial, kita mengeluarkan atau berkongsi kenyataan bersifat tohmahan atau fitnah, yang akhirnya akan membinasakan diri sendiri.

Monday, June 12, 2023

PELIK TAPI BENAR DI PULAU BANGGI

 KES 1

JUAL TANAH MILIK ORANG LAIN

ORANGNYA MASIH HIDUP DAN SUDAH PENCEN. 

KES 2

AMBIL TANAH TAPI TAK MAHU GANTI RUGI

ORANGNYA DAH JADI ARWAH

KES 3

PINJAM DUIT TAPI TAK MAHU BAYAR BALIK

KERJA PETANI DAN SUKA MAIN JUDI ONLINE

KES 4

LANGGAR PAGAR TADIKA TAK MAHU GANTI RUGI

ORANGNYA MASIH HIDUP DAN SERING NAIK FERI

KES 5

ROSAKKAN TANAMAN TAK MAHU GANTI RUGI

ORANGNYA MASIH HIDUP DAN PALING HAMPIR DENGAN KUBURAN

KES 6

PINJAM BARANG TAPI TAK MAHU PULANGKAN 

ORANGNYA MASIH HIDUP DAN SUKA HISAP GAM DAN ADA KES MENCURI

KES 7

MENGAMBIL BARANG ORANG LAIN DI JETI TAPI TAK MAHU PULANGKAN

PENUMPANG YANG TAK DAPAT DI KENAL PASTI TAPI TAK BERTIMBANG RASA KERANA MENGAMBIL BARANG PENUMPANG LAIN TANPA MEMULANGKAN  KEPADA PEMILIKNYA. SUDAH BANYAK KES BERLAKU

KES 9

PINJAM BARANG DAN JUAL KEPADA ORANG LAIN

ORANGNYA MASIH HIDUP. FIZIKAL KURUS KERING DAN MUKA MACAM PENGHISAP GAM

KES 10

CURI TIANG RUMAH TANPA MINTA IZIN

ORANGNYA MASIH HIDUP. BERKOPIAH DAN BERJANGGUT. KES AMBIL TIANG RUMAH ADALAH MENURUT CERITA ORANG KAMPUNG YANG ADA DI SEKITAR KEJADIAN

KES 11

AMBIL DUIT UPAH POTONG KAYU TAPI KAYU TAK DAPAT

ORANGNYA DAH PINDAH KE DAERAH LAIN BERSAMA ANAK BINI. BEKAS RUMAHNYA SUDAH DI ROBOHKAN.

KES 12

PINJAM BARANG TAPI TIDAK MAHU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEROSAKAN YANG BERLAKU

KES 13

PINJAM BARANG TAPI TIDAK MINTA IZIN DARIPADA PEMILIKNYA