1.kg Saldang
2.kg Dagotan
3.kg Lakoan(sekarng di kenali dgn kg Rahmat)
4.kg sikanda(Semyan)
Kg2 ini tidak mempunyai ketua kg ada ketua kg hanya kg Dogoton sahaja dan nama ketua kg nya Hj Sahid Bin Jimlani setelah perpindahan berlaku pada tahun 1971 ke empat kg telah di satukan di kg Lok Tohok dan ketua kg nya adalah Arwah Tuan Hj Sahid bin Jimlani..sebelum perpindahan berlaku pada thun1971 pihak kerajaan telah menyediakan Sekolah dan Rumah untuk di jadikan tempat tinggal penduduk kg yg berpindah Iaitu seramai 100 buah rumah fasah pertama dan pada fasah kedua sebanyak 26 buah dan setiap rumah atau ketua keluarga juga di sedia kan tanah seluas 15 ekar di bawah jagaan jabatan pertanian dan juga lot tapak rumah sekuas suku ekar..dan 2 tahun kemudian ramai pula yg meninggal kg kg Lok untuk kembli kg kg asal mereka salah satunya adalah kg Dogoton.. Berhubung dgn nama kg Lok Tohok bertukar kpd kg Lok tuhog mungkin di pengaruhi peredaran masa.. Dan kalau di rujuk pada plan asal tanah atau rekod sekolah ketika itu nama adalah kg LoK Tohok..
Belukar kg Lok Tohog yang indah.
Jalan menuju ke sekolah kg Lok Tohog Banggi.
Jeti kayu yang terdapat di kg Lok Tohog Banggi.
Salah satu rumah penduduk kg Lok Tohog yang mampu milik.
Pakcik Haji Muhammad salah seorang penduduk yang mula-mula berpindah kg Lok Tohog pada tahun 1971.
Salah seorang guru Sk Lok Tohog sedang bersama anak penduduk kampung di atas jeti.
Beramah mesra dan mengunjungi salah satu keluarga di Kg Lok Tohog Banggi. Kebanyakan mereka peramah mudah diajak berbual dan tidak sombong. Sudi menerima orang luar walaupun baru kenalan. Satu sifat yang amat menyenangkan kepada sesama insan.
Pemberian bantuan semasa PKPB daripada sumbangan hamba-hamba Allah melalui saudara Muhammad Syazwan Bin Khamis salah seorang pendakwah berkaliber di Pulau Banggi Kudat. Semoga Allah swt memberikan kesihatan dan umur panjang beliau atas khidmat dan bantuan yang berterusan.
No comments:
Post a Comment